Cara-Cara Untuk Membuat Makeup Anda Bertahan Lama

June 25, 2019

Cara-Cara Untuk Membuat Makeup Anda Bertahan Lama

Hari-hari kita apply makeup yang cantik, mesti kita nak makeup kita bertahan dari sebelum keluar rumah sehingga kita balik ke rumah.

Ni adalah tips-tips untuk membuat makeup anda bertahan lebih lama.

Sediakan muka kita

Sebelum kita letak foundation, kita harus pastikan muka kita dalam keadaan bagus. Mulakan dengan mencuci muka, kemudian letakkan toner pada muka. Langkah terakhir ialah gunakan pelembap yang sesuai untuk kulit anda. Langkah-langkah ini penting untuk memudahkan proses mengaplikasikan foundation ke muka.

    Gunakan primer sebagai gam


    Apabila muka kita dah bersedia, langkah seterusnya ialah primer. Primer bertindak sebagai tempat untuk foundation berpegang sepanjang hari. Jika kita letak foundation pada kulit muka sahaja tanpa primer, selepas beberapa jam, kulit muka kita akan mengeluarkan minyak yang akan membuat foundation tidak bertahan lama. Primer juga boleh menolong ratakan kedutan dan pori-pori besar.

    Cari long-last foundation

    Hayat foundation kita bergantung kepada jenis foundation yang kita pakai. Waktu membeli foundation, cari perkataan long last, prolong, long wear. Tetapi, tak semestinya ada perkataan tersebut dia boleh bertahan lama. Kena la lihat jika foundation tu sesuai dengan kulit muka kita ke tidak. Kalau kulit berminyak, memang la suggest guna stick foundation. Kulit kering, gunalah liquid foundation!

    Elakkan foundation bergerak dengan powder

    Untuk mengelakkan foundation dari bergerak atau bermindah ke pakaian orang lain, kita harus lah letak powder di atas foundation. Terpulang la nak pakai invisible powder or skin tone powder.

    Spray muka dengan Setting Spray

    Selepas selesai dengan makeup kita, langkah terakhir ialah untuk setting spray. Setting spray digunakan untuk membuat makeup kita lebih natural dan tak ‘cakey’. Ia juga boleh mengelakkan makeup dari menjadi comot kerana peluh.

       

      Periksa makeup dari semasa ke semasa

        Sepanjang hari, cuba periksa makeup dari semasa ke semasa. Jika muka anda kelihatan bersinar kerana minyak di muka, ambil kertas pedap atau blotting paper and pedap di muka. Jangan tambah powder di muka kerana nanti muka kelihatan bertambah ‘cakey’.

          Swissvita Energy Enhancer Cream (30g) atau EE Cream digunakan sebagai

          ✔️ primer untuk makeup 

          ✔️membaikpulih tona warna kulit

          ✔️melindungi kulit dari sinaran UV matahari. Sinaran UV matahari boleh mencepatkan penuaan dan membuat tona kulit tidak sekata.

          ✔️ EE Cream ini sesuai untuk semua jenis kulit. Ia juga mampu untuk bertukar warna mengikut warna kulit anda.

          ✔️Untuk hari yang anda malas pakai makeup, EE Cream boleh digunakan dengan sendiri.